Masa Pameran Pengantin kat PWTC bulan 3 dulu, saya ada beli pakej untuk melangsingkan badan dan free spa for 1 week + facial treatment kat Slimming Sanctuary. Motif beli tu bukan untuk melangsingkan badan, tapi hanya berminat pada spa sahaja. So, pagi tadi saya buat appointment untuk buat slimming dan spa tu [terasa ingin memanjakan badan plak =P]. Kalau boleh, nak buat terus untuk facial treatment tu, but for facial is fully booked. Kecewa. Bila dah sampai sana, diorang mintak isi borang itu ini. Diorang nak tau pasal medical history saya. Alhamdulillah, setakat ni, semuanya ok. Lepas isi borang, diorang bawak saya pi scan badan.
Orang tu cakap, saya kekurangan air, BMI is underweight, protein tak cukup, muscle mass pon tak cukup (macam mana nak cukup muscle, exercise pon tak.. Naik tangga satu tingkat pon dah mengah =P).
Orang tu cakap, saya kekurangan air, BMI is underweight, protein tak cukup, muscle mass pon tak cukup (macam mana nak cukup muscle, exercise pon tak.. Naik tangga satu tingkat pon dah mengah =P).
Bila dah scan dah dapat result, diorang mintak saya tunggu untuk beauty consultant datang bagitau pasal pakej yang saya ambik ni. Dalam hati ni agak berdebar2 sebab takot terpengaruh dengan promotion2 yang dibuat. Kakjed pon memang dah pesan awal2, memang biasa macam tu lah. Bila Ms Jenny tu datang, dia bagitau la serba sedikit pasal pakej yang saya ambik ni. Rupa-rupanya, spa yang free tu hanyalah steambath sahaja. Takde yang massage2 tu semua (ceh, patutlah murah je). Lagipun, pasal slimming tu, takde lah kronik sangat sampai kena buat kan. Ms Jenny tu cakap, dia boleh convertkan saya punya pakej yang dah dibeli tu, dengan promotion baru tu. Promotion baru tu including 5xfull body massage and 5x milkbath, and yang penting, takde validation date. Lastly, saya terpengaruh juga dengan promotion tersebut. Ternyata, saya memang lemah (T_T). Tapi, bila dah ambik pakej baru tu, dia kasi jugak yang 1 week steambath tu. Hehe! Kalau ada masa, boleh la saya pergi.
Me..waiting for the result..(vibrating)
Ingatkan, nak wat yang spa tu harini, tapi, tak boleh nak buat pulak. Nasib baik, untuk facial, ade space. So, harini saya hanya buat facial treatment sahaja.. Selama 2 jam setengah. Lama kan? Tapi, sangat puas hati. Best betol lah.. Segarrrr.... Lepas ambik promotion baru tu, dia dok promote2 lagi soh ambik product2 dia plak. Tapi, dengan hati yang begitu cekal, saya menolak kesemua cubaan godaan yang dilemparkan terhadap saya. Haha! Yess! Berjaya!
uikk, ni camna bole amik gambar ni?..g sorang je kan? wahh, terer btol bab bab amik gambar nih..heheh
ReplyDeleteSyg:
ReplyDeleteHahah! A'a, kagum tak? hikhik..