TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, April 16, 2010

Kepelikan berlaku di pagi hari..

Makcik baru je sampai opis ni ha..
Makcik masih dalam kepelikan lagi ni..
Cerita bermula dengan begini..

Lepas hantar budak2 pi nursery pagi tadi,
Macam biasa, Makcik pergi ke tempat kereta nak ke ofis.
Makcik agak terlupa Makcik park kereta kat mana semalam.
Haha! Bukan terlupa sangat pon, kompius sedikit..
[ceh..cover diri pulok..padahal memang pelupa pon]
Rasanya Makcik letak tempat biasa semalam.
Cuma, Makcik kan letak kereta double parking,
So, ada kemungkinan la kereta Makcik tidak berada di kedudukan asal kenn...
Sebab kereta yang double parking ni selalu ditolak2 oleh pemandu yang keretanya parking kat lot yang disediakan..
Masa dok cari2 kereta tu, dah ternampak ada sebuah proton Gen2 yang sama kaler dengan kereta Makcik.
Tapi, kereta Makcik lebih segak bergaya kot..
Yang tu nampak kotor ja.. (^^,)
Makcik nampak ade sticker logo JKR bertempek kat kat cermin belakang.
Logo tu agak besar la..


Ni lah sticker yang Makcik gembar gemburkan tadi..


Dalam hati Makcik ni dok pikir,

Ehh, rupa-rupanya ada orang JKR yang dok apartment sama ngan aku ni ye..
Mesti empunya kereta ni kerja kat HQ sama macam aku jugak..
Entah2 aku kenal ke..

Bila dicari2 kereta Makcik, memang tak jumpa..
Pastu, makcik pergi belek kereta proton Gen2 yang makcik tengok tadi dekat2..
Tengok2, yang tu MEMANG kereta Makcik..
Tadi tu, pasai tak nampak nombor plat.
Dan, ada logo JKR kat cermin.
Macam mana pulak sticker logo JKR ni dok bertempek kat cermin Makcik ni?
Suka suki mak dia pi tempek sticker kat kereta orang.
Kalau yang jenis pelekat tu, takpe la jugak..
Boleh rosak cermin tau!
Nak buang, macam sayang plak..
Pasai elok je dok tertempek kat situ..
Cantik pon cantik..
Takpe la, bia la dok situ..
Boleh tak gitu? =P

Tapi, yang herannya, nape kereta Makcik je yang orang tu tempek?
Tanya officemate, semua takde..
Ke ada orang nak mark kereta Makcik?
Wuuu!
Ishh, takut la pulak..

Misteri betol la sticker ni...
Hmmmphhh...

(T_T)

3 comments:

  1. dh jd cm kete projek jkr je chepah...he3

    ReplyDelete
  2. Hahahha! A'a la..ye tak ye jugak..Macam kereta projek dah..Nanti, kalo pi midvalley ke, The mall ke, orang ingat, org gomen bermaharajalela dengan kenderaan pejabat..hehehhe

    ReplyDelete
  3. hehe..klakar la che pah.. rasenye diorang mark kete pah tu.."kete ni la paking kat kt tpt den tempohari, baik jage2"..kate org tu dlm hati..

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!