TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, April 6, 2010

Besarnya!


Teringat Jumaat lepas..
Saya nak hantar Meera pergi kelas mengaji Al-Quran..
Masa nak naik lif untuk turun, lif terbuka dan kami pon masuk.
Dalam lif tu takde orang..
Ntah kenapa, lif tu pi naik atas plak..
Huh, dah la kol 8 lebih ni..
Lif ni pi round2 tingkat atas plak.

Bila dah sampai tingkat atas skali,
Seorang wanita yang agak bertubuh 'sihat' sedikit memasuki lif..
Tiba-tiba, Ameera bersuara...

Apaahh, besarnya...

Gulp!
Ya, Allah ya rabbil a'lamin..
saya waktu tu, taktau nak letak mana muka..
Muka saya pon dah biru kot masa tu..
Saya nak cover line,

Ape yang besar?

Tuuu....

Owhh, tu bukan besar Meera, tu orang panggil luas...

Rupa-rupanya, dia nak cakap yang bumbung tinggi..
Kan kalo apartment macam tu, tingkat paling atas tu, bumbung tinggi kan?
Heheh..

Fuhhh...selamat!
Sabar je la aku ngan budak Meera ni...
(T_T)

2 comments:

  1. hahahaha..
    kita pun pernah berdepan dgn kes mcm ni.
    Aina la, ada neighbour tegur dia.
    orang tu baru 2-3 langkah jalan tiba tiba Aina cakap, "Antina, gemoknya dia.."
    malu betull (T_T)

    ReplyDelete
  2. Una:
    Hhahahah! Aduh, sakit perut xtahan..lawak betul si Aina ni..
    Yang ni memang direct gile..
    Budak2 ni tak menipu..
    Kadang2, dia cakap kat saya,
    "apah ni macam makcik2 lah"
    Haruuuu betol ngan budak ni..
    [budak2 tak menipu..] =P

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!