TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, April 9, 2010

Teringat zaman kecik2 lagi...

Mari mengimbau lagi...

Heheh...

Masa saya umur 6 tahun tak silap. Masa tu dok kat Sik, Kedah. Kenapa ye saya dok situ? Sebab papa keje bank, so, memang selalu la kena transfer sana sini.

Oke, di suatu petang yang hening...Saya dengan adik lelaki saya dok main2 pasir depan rumaah.. Tak lama lepas tu, saya nampak kereta mama menuju ke rumah kami.. Mama balik daripada mana entah. Lupa dah. So, excited la ni bila mak balik.. Alaa, macam korang gak dulu-dulu kan?

Yeyy, mama balik..mama balik..mama balik..

Jeritku dengan penuh kegembiraan sambil terlompat2..Kereta mama mula memasuki garaj..Dann saya masih dok terlompat2 sambil mendekati dan mengetuk2 cermin kereta mama... Tanpa disedari, tiba-tiba...

Prakkk...!!!

Waaa!!! Kedua kaki ku dipijak oleh tayar kereta mama. Haru sungguh. Saya menunduk melihat kedua-dua kaki saya. Kelihatan kemerah-merahan.. Saya hanya mendiamkan diri, walaupun mata dah sedikit berkaca ketika itu.. Ye la, dah happy terloncat2 bagai nak rak tadi. Takkan tiba2 nak nangis kan? Cuba mengawal keadaan. Kecik2 dah pandai ego ni.. (-_-"). Saya terus masuk bilik dan waaaaaaa!!!! Sampai kesudah tak bagitau mama. Heheh! Owhhh, lupa nak bagitau, kaki saya ok. Takde patah ape pon. Wahh, kecik2 dah kental nih.. (^^,)

Banyak peristiwa yang berlaku masa saya dok kat Sik dulu. Saya dok rumah teres 1 tingkat. Belakang dapor kitorang ada hutan. Waktu tu, jiran sebelah rumah saya budak2 bujang yang tinggal. Kenal gitu2 je la. Pastu, ada satu hari tu, mama bagitau, budak laki yang jiran kitorang tu excident. Motor. Sampai patah gak tangan dia. Saya pernah nampak, tangan dia berbalut putih macam tu. Ala, yang balut ngan simen tu.

Pastu, nak dijadikan cerita, ada satu hari saya main kat hutan belakang rumah tu. Sebab mama nak larang saya main kat situ, mama cakap,

Kakpah jangan main kat situ. Budak sebelah yang excident patah tangan tu buang tangan dia kat belakang rumah kita.. Pergi la, nanti tangan tu cari kakpah malam2..

Buang tangan??? Mak aihh, memang saya takot habis la. Tapi, saya memang nampak bungkusan putih kat belakang rumah saya tu. Memang saya percaya kata2 mama. Nak pi toilet pon saya takot. Memang saya sangaaatt takut. Bila dah besar, baru saya ingat balik cerita ni. Sebenarnya, budak tu pi buang simen tangan dia kat belakang rumah. Ada ke patot? Saya masa tu kan kecik lagi. Mana tau simen ke ape ke. Memang betol2 percaya budak tu buang tangan dia. Hahha!

Ada satu kisah lagi. Rentetan berlaku bermula di suatu petang jugak. Mama tengah belek2 barang kemas dia dalam biliknya. Cincin kahwin, rantai kahwin, semua ada dalam beg tu. Beg tu mama letak bawah katil biasanya. Masa tu jugak, saya pon menyendeng2 kat mama dengan harapan saya boleh pakai rantai syiling saya tu. Sebab saya hanya pakai masa raya je. Masa lain, mama tak kasik. Takut hilang or jatuh. Mama tanya,

Kakpah nak pakai ke?

Tak nak la ma...

Hmm, taknak pulak. Heheh.. Ntah, tetiba plak cakap taknak pakai. Keesokkan paginya, saya terjaga dari tidur sebab dikejutkan oleh mama.

Kakpah ada main2 beg mama semalam?

Tak. Nape ma?

Barang2 mas mama habis semua hilang..

Mama terjelupuk menangis. First time saya tengok mama sedih sampai macam tu.. Alkisahnya, mama nak jemur kain pagi tu kat luar rumah. Pastu, dia ternampak beg yang dia isi barang kemas tu, ada kat dinding garaj. Tengok2 semua barang kemas habis hilang, lesap. Mama terasa kehilangan. Baru je petang semalam mama dok tengok2 barang2 dia. Selama beberapa hari mama tak makan, tak tidur. Asik sembahyang tak henti2. Panggil polis buat siasatan. Takde maklumat. Mama pergi jumpa bomoh. Bomoh tu cakap, ada orang jolok ngan galah ambik beg mama dari tingkap. Ntah betol ke tidak la bomoh tu.. Disebabkan kejadian itu, papa ambik keputusan untuk balik tinggal di Kota Bharu. Tak sanggup tengok mama bersedih terkenangkan kejadian tu.

Selang beberapa tahun.. Kawan papa ngan mama datang dari Sik. Tiba-tiba datang mintak maaf la, junjung Al-Quran la.. Dok menangis2 mintak maafkan dia. Tak tahu sebab apa. Papa cakap, maybe dia la yang ambik barang2 tu. Hmm, see.. Allah Maha Besar..

Eh..terpanjang plak cerita makcik ni.. Dahh..dah..

3 comments:

  1. Pah..
    meremang la baca cerita barang kemas hilang tu.
    memang Allah Maha Berkuasa kan..

    ReplyDelete
  2. Una:
    Hmm, betol tu..masa jumpa bomoh tu lagi meremang tau. Siap soh mama hiriskan tangan die dengan pisau. Nape ntah..Tapi, magicnya, tak berdarah or luka pon. Tu je la ingat... :)

    ReplyDelete
  3. Best2...hantu tangan.. ;)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!