TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, May 9, 2010

Its your day..selamat hari ibu ma....


Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu diseluruh dunia. Harini hari ibu. Alhamdulillah, harini saya ada bersama mama di kampung. :) Tapi, sori ma, kakpah tak sempat nak buat ape2 sempena hari ibu ni.. Busy sangat dok siapkan preparation kahwin.


Memang target nak siapkan bunga pahar dalam masa weekend yang saya balik kampung ni dan alhamdulillah, dengan pertolongan mama berikan, suma dah setel. Terasa lapang di dada. Sampai berdarah2 jari mama sebab tercucuk dawai kat jari masa nak cantumkan bunga. Nasib baiklah jari mama ni memang kebal. Teringat masa dulu. Mama nak goreng ikan masa tu. Masa nak letak ikan dalam kuali, tercelup jari skali dalam minyak panas. Pastu, saya terdengar bunyi "ssssttttt". Korang tau bunyi ape? Bunyi jari goreng mama. Hehhe! Sian mama. Tapi, mama tetap maintain rilek cool je. Tak sakit pon katanya. Ishhh, kalau saya, satu dunia saya nak bagitau jari saya sakit. Hahah! Kecoh je lebih.. :P

Mama saya hanya ada 2 orang anak perempuan iaitu saya, dan kakjed. Anak lelaki pon ade jugak, 4 orang. Dan dalam adik-beradik saya ni, saya lah yang paling copy paste dari mama. Orang cakap, muka kami ni memang photostat. Kalau Kakjed, muka dia lebih kepada papa. Kalau mama bawak jumpa saya kat kawan2 dia, mesti orang cakap,


Ehhh, sebijik macam muka Kaknab masa kecik dulu..kurus kecik macam ni lah..


Adakah muka kami sama seperti yang digembar gemburkan itu?


Bukan saja sama dari segi rupa, malah perangai, tingkah laku, penyakit, suma sama. Antara persamaan antara kami:

1) Kurang bercakap dengan orang ataupun bahasa dewan pustaka ialah pendiam. Tapi, kalau bersama dengan kawan yang rapat, mak aiiii, tuhan saja yang tau...

2) Lambat sikit nak terima benda yang tersirat. Saya memang di panggil minah BLUR.. Senang kena tipu nih.

3) Takut sangat nak bagi arahan kepada orang even orang tu muda/orang bawahan berbanding saya. Macam mama, kat sekolah, mama guru hal ehwal murid. Nak minta tolong taip pape dengan kerani pon, macam2 dia pikir dulu. Takut budak tu marah la, tersentap la, menyusahkan dia la. Punya la takut nak bagi arahan. Last2, mama taip sendiri. :P

4) Kaki selalu sembap kalau berdiri lama. Masa saya di UiTM dulu, selalu tidur lambat sebab suka study malam2 kan. Bila dok kat kerusi lama sikit dengan kaki terjulur kat bawah, kaki saya mulai sembap. Besar macam kaki lembu. Eh, kaki lembu mana besar kan? Ok2, silap2, macam kaki gajah. So, untuk mengurangkan kesembapan kaki, saya akan siram kaki saya dengan air yang sejuk. Baru lah kaki saya menguncup balik. Hehheh! macam benda ape ntah, boleh kembang kuncup :P.

5) Low blood pressure. Mama pon sama. Sebab tu, kami ni selalu sakit kepala. Kalau main tengah panas ke, tension ke, memang migrain tu datang la menyinggah. Masa saya semester 1 kat UiTM dulu, paling teruk. Maybe tension nak exam, rasa sampai nak hantuk kepala kat dinding. Sakit ya amat. Masa tu saya roomate dengan kak af. Memang dia tau derita yang saya alami time tu.

6) Pantang tengok orang/officemate jual barang kat opis. Terutama brooch, gelang manik2, tudung, or kain.. Suka sangat membeli. Mama pon sama, kalau ada kawan die offer kain batik lagi la, suma dia ambik. Sebenarnya, tak berani nak tolak kan? So, mama ambik je sebab nak jaga hati kawan dia. Dah siap beli, baru menyesal.. (-_-")

7) Cepat tension kalau pikir banyak perkara sekaligus. Contoh terdekat, pasal kahwin. Dok pikir ini tak buat lagi, itu tak buat lagi.. Last sekali, pasangan sendiri yang jadi mangsa amukan. Ermmm, abam Jay la jawabnya. Dah berapa kali saya mengamuk. Nasib baik abam Jay ni seorang yang bukan cepat melatah. Dia akan cuba leraikan ketensionan di pikiranku. Sian abam.. sowi ye.. Aritu, mama dah pesan, kalau dah kawin nanti, janganlah buat perangai macam tu kat suami. Kesian...

Ok, itulah 7 persamaan antara kami yang dapat saya detect buat masa sekarang. Masa dok buat2 bunga tadi, mama ada bagitau tentang kebimbangan dia pasal majlis saya nanti. Banyak benda tak setel lagi.


"Mama dok risau nak buat ape untuk doorgift, kek kahwin tak tempah lagi, itu la..ini la.. tapi, rupa-rupanya, tak sangka banyak benda dah kakpah setelkan.. kakpah ni banyak berdikari, sebab masa kakjed kahwin dulu, mama yang banyak setelkan" kata mama.

Saya hanya menyambut dengan senyuman lebar. Saya memang taknak susahkan mama. Pasal mama sorang2 kat rumah. Takde sape gak boleh tolong. So, semua benda saya buat sendiri. Setakat mana saya mampu buat, saya buat lah. Nasib baik saya dok ngan kakjed. Boleh tanya dia serba sedikit pasal preparation kahwinku...


Apepon, happy mother's day mama!! Kakpah sayang mama dunia akhirat. Moga mama tabah mengahadapi hari2 yang mendatang. Selagi kakpah bernyawa, kakpah akan sentiasa support mama okay!


"Ya Allah, berkatilah dan sayangilah ibu kami sebagaimana dia menyayangi kami dari kecil.... Dan jadikan lah kami ibu yang baik pada anak2 kami. AMIN...."


5 comments:

  1. AMINN..

    aah la. muka memang fotostat habis :)

    chepah memang berdikari, banyak dapat semangat pasal persediaan kahwin dari blog pah :)

    ReplyDelete
  2. una:

    potostat abis ek?hihi..mesti la, mak borek anak rintik.

    ooo... ye ke? blog saya boleh kasi semangat kat una ye? bagus la tu. sama2 la kita bersemangat yuk! Hheheh..

    ReplyDelete
  3. Amin....

    mmg muka photostat lahhh....

    ReplyDelete
  4. waahh..bagus la sayam abam ni, mengurangkan tensen mama..heheh..gud gud... :)

    ReplyDelete
  5. kak ija: tenkiuppp :P

    abam: uishh, mesti la... :)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!