TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, May 27, 2010

Pengalaman membuat SPA di Slimming Sanctuary, Midvalley



Menjelang kol 5.00 petang...

Alamak, lupa nak sembahyang Asar siap2.. Actually, I've an appointment at 5.30p.m with my beauty consultant after kerja...(beauty consultant la sangat kan). Bergegas2 saya turun surau, solat then terus bertolak ke Midvalley merentangi sedikit jalan jem di Jalan Bangsar yang disebabkan ada construction jalan kat situ. Ayat sangat skema gitu…


Masuk-masuk aje ke tempat tu, saya disapa dengan senyuman oleh gadis2 Chinese yang bekerja di situ. Dengan cepatnya, diorang bawak saya masuk dalam bilik without asking my name or anything.. Saya ikut je.. Harini saya buat appointment untuk spa. Kali ni dah masuk kali ke-2 saya buat spa, ada tiga lagi sesi yang perlu saya habiskan..Lepas kawin la plak.. :P. Semalam dah wat facial treatment kat situ juge. The results, my eyes bags are reduced and my skin looks more vibrant and feels smoother.


Aktiviti dimulakan dengan scrub badan for skin-polishing menggunakan Crystal Sea Salt Scrub. Scrub tu gila kasar. Macam pasir tepi pantai tu.. Eh, dah nama lagi crystal sea salt kan? Hehhe.. Memang best la.. Dalam bilik tu agak gelap dan romantis gitu..Kedengaran lagu2 ala2 Jawa (dah macam kat Bali :P). Rasa licin ja kulit after dia scrub.. Dah habis scrub badan, mandi jakuzi dengan air susu.. Masa first time saya nak mandi susu dulu, saya imagine air mandian macam fresh milk yang kita dok minum dalam kotak Dutch Lady tu..Dok terpikir2, macam mana la Siti Nurhaliza boleh mandi susu hari2? Gila kaya kan? Bila dah masuk, rupa-rupanya, air mandian tu, bukan lah seperti yang disangkakan.. Warna air mandian pun keruh2 je. Macam letak satu sudu susu dalam 1 mug air..keruh2 gitu la.. :P. Agak2 setengah jam berjakuzi, dia minta saya bilas. Oh ya, tempat ni hanya khas untuk kaum wanita sahaja.. So, peluang nak bertembung dengan para lelaki memang tiada la.. Rasa sangat selamat dan selesa sebab tu saya kesana dan kemari dengan berkemban saja. Hahah!



Air susu ni pekat plak..tipu ni!!!


Then, sesi body massage.. Saya ditunjukkan satu bilik kecil. Masa mula2 dia renyukkan kaki saya, mak aiiiiiiii! Gila sakit (boleh dikira istilah renyuk la..pasai sakit gila kan :P). Tak macam masa first time saya buat last month. Sebab tu excited nak wat body massage lagi. Tukang urut kali ni memang terasa la dia punya urutan. Dalam hati, “mati la aku kali ni..memang kena!”. Bila dia start urut kaki dan belakang badan, memang sakit gila..Saya tak pasti dia urut pakai tangan ke, PIJAK saya terus ni.. Haahah! Nasib baik dia suh meniarap atas katil yang berlubang di kepala katil tu (korang boleh imagine kot noh..). Saya hanya dapat melihat kaki katil je lah. Kalau la korang tengok muka saya masa tu, mesti korang lari punye..memang sangat sengsara masa tu nak menahan kesakitan urutan makcik tu. Terjelir2 lidah, berkerut2 dahi, ternganga2 la, macam2 ekspresi muka saya time tuh. Hahah! Nasib baik la makcik tu tak nampak. Minyak urut yang makcik tu guna pon, memang untuk slimming. Ermm, dia je cakap untuk slimming, tapi, lepas mengurut tu, saya tak nampak apa2 perubahan pon..Hehhe! :P. Even urutan tu sakit, tapi sangat lega la..Kepala pon rasa ringan sikit. Fuhhhh lega lah! Kalau hari2 macam ni, hilang stress saya! (stress ke????)




Kol 8.oo mlm siap semua. Sebelum balik, dia promote2 plak itu ini... Malas nak layan.. Dengan berbekalkan hati yang cekal dan iman yang kuat, saya menepis semua godaan tersebut. Then, saya chow pi semayang maghrib. 


Selamat duit aku.. (^^,)




Next session, after kawin…. :P

7 comments:

  1. awak2, spa ni...intan ladyana duta tuk spa ni kan? huhu...tmpat tu macam nice lah..best..hehe

    ReplyDelete
  2. faradila:

    intan ladyana ek sebagai duta?ehhehe..saya ada dengar, tapi tak pasti untuk slimming sanctuary ke.. :P. Fara dah penah pegi ke? Best kan tempat tu.. :)

    ReplyDelete
  3. hehe, i wish dapat g sana...fara tak leg g lah..sebab fara dok johor!!! :(
    takpe, if fara dok kL, tmpt tu akan fara pegi.hehe...best :)

    ReplyDelete
  4. ooo...slimming sanctuary tu ade je branch kan?cuba search...kot2 ada kat johor, boleh la farah memanjakan diri kat situ..kan... :P

    ReplyDelete
  5. haha, ok akan di cari...

    ReplyDelete
  6. Yang kat mid valley ni yg belah mana eh? aritu carik x jumpe pun ;(

    ReplyDelete
  7. CIk Anon:
    Slimming Sanctuary tu ada kat luar bangunan. Bukan dalam MIdvalley betul. Kalau naik 1st floor, keluar ikut Starbucks, cross jalan. SS tu sebaris dengan kedai mamak nasi kandar depan starbucks tu. :) Takpun, senang2, try tanya kaunter pertanyaan. Lg sng kot. Saya pun,. haritu, tanya kat situ.

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!